top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

98 peratus kes baharu di Sabah hari ini dalam kategori 1 dan 2



31 Okt 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sebanyak 98 peratus daripada keseluruhan kes positif baharu Covid-19 di Sabah dilaporkan hari ini adalah pesakit dalam kategori 1 dan kategori 2.


Sebanyak 236 kes atau 52.8 peratus daripada 447 jumlah keseluruhan kes positif baharu hari ini adalah kes-kes yang berlaku dan didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu setelah keputusan saringan diketahui.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, selebihnya adalah kes-kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui.


“Sebanyak 78 kes daripada 84 kes yang dicatat di Kota Kinabalu adalah kes-kes daftar lewat dua hari atau lebih,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 246 kes daripada Saringan Kontak Rapat.


“Ini dapat disimpulkan bahawa masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.


bottom of page