top of page
  • Wartawan Nabalu News

ADAT PERDAMAIAN ALAM SEJAGAT JULUNG KALI DIPERKENALKAN SEMPENA KAAMATAN TAHUN INI


10 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Acara Adat Istiadat Perdamaian, Penyembuhan dan Pengimbangan Alam Sejagat diperkenalkan buat pertama kali sebagai sebahagian daripada pengisian sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri tahun ini.


Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Kaamatan Peringkat Negeri tahun ini Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Benedecit Topin dan para pemimpin setempat.


Acara itu dimulakan dengan upacara momolonguk atau mongodim untuk menandakan permulaan upacara adat dan momolian atau mamanta oleh para bobolian.

Sejurus upacara itu, pemotongan tujuh ekor ayam di tapak batu sumpah dilakukan oleh para Bobolian.


Ketika berucap pada majlis itu Ewon mengalu-alukan usaha Jawatankuasa Induk Sambutan Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2021 mengadakan adat istiadat perdamaian sesama komuniti dan dengan alam sejagat.

bottom of page