top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Adrian Lasimbang terus berkhidmat demi pembangunan, alam sekitar dan hak asasi manusia


29 Ogos 2021

Oleh Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah Adrian Lasimbang berkata beliau akan terus berkhidmat kepada masyarakat, khususnya masyarakat Orang Asal, walaupun bukan lagi bergelar sebagai senator.


Bekas Ahli Dewan Negara yang telah menamatkan perkhidmatan pada 26 Ogos lalu berkata, beliau akan terus bergiat aktif dalam membawa agenda pembagunan mampan, alam sekitar dan hak asasi manusia.


"Sepanjang tempoh lantikan saya sebagai senator, saya telah terlibat dengan aktif dalam kaukus reformasi Dewan Negara satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Dewan Negara untuk memajukan agenda reformasi parlimen and memartabatkan Dewan Negara sebagai institusi pengubal undang-undang tertinggi di negara kita, satu agenda yang penting bagi Pakatan Harapan.


"Saya juga telah diberi peluang untuk mewakili Dewan Negara dalam Jawatankuasa Rentas Parti Parlimen Malaysia berkenanaan Sustainable Development Goals (APPGM-SDG), satu jawatankuasa yang antara lainnya mempromosi agenda pembangunan mampan dan meningkatkan kesedaran dikalangan ahli Parlimen berkenaan komitmen Malaysia dalam pembangunan mampan dan memerangi perubahan iklim dunia," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.


Menurut Adrian, beliau dan Senator DAP Sarawak Alan Ling telah tanpa henti membawa isu penting bagi Sabah dan Sarawak di Dewan Negara sepanjang perkhidmatannya, terutama berkait dengan hak-hak Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam penubuhan persekutuan Malaysia seperti yang terkandung dalam perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


"Sesungguhnya MA63 merupakan agenda penting yang secara konsisten di angkat oleh DAP dalam perjuangannya," katanya.


Beliau juga berharap agar agenda reformasi parlimen terus diperjuangkan dan dapat mengangkat Dewan Negara sebagai institusi penggubal undang undang tertinggi di negara.


"Saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada semua rakan senator yang telah terpilih menganggotai kabinet kerajaan yang baru. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik," ujarnya.

bottom of page