Adun Luyang buat laporan polis ke atas MuhyiddinAdun Luyang buat laporan polis ke atas Muhyiddin
top of page
  • nabalunews

Adun Luyang buat laporan polis ke atas Muhyiddin


30 Julai 2021 Oleh Marryan Razan dan Jacquline Ebit KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Phoong Jin Zhe membuat laporan polis agar siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan, di Balai Polis Karamunsing hari ini Turut hadir memberikan sokongan Naib Presiden Upko yang juga Adun Kadamaian Datuk Ewon Benedick dan wakil Parti Muda Sabah dan Pemuda Pakatan Harapan. Jin Zhe yang juga Ketua Pemuda DAP Sabah berkata, laporan polis dibuat terhadap dua pemimpin kerjaaan pada hari ini kerana dikatakan telah membohongi dan membelakangkan Yang di-Pertuan Agong. “Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara kelmarin, jelas menunjukkan bahawa Takiyuddin telah membohongi Agong.

“Kita anggap ini sesuatu yang derhaka dan tidak patut. Oleh itu kita minta siasatan diambil ke atas pemimpin-pemimpin kerajaan pada hari ini kerana ini mungkin bercanggah dengan seksyen 124 iaitu ia boleh membawa impak kepada system demokrasi berparlimen negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis, hari ini. Jin Zhe berkata, pada 26 Julai lalu Takiyuddin dalam Parlimen mengumumkan bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan sedangkan ia belum dipersetujui oleh Agong. Dalam Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan bahawa hanya Agong yang boleh perkenan untuk membatalkan atau melaksanakan sesuatu darurat. “Kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku, walaupun ada penjelasan dari Perdana Menteri tapi ia jelas telah gagal melaksanakan dan menghormati perlembagaan persekutuan

“Ini sesuatu yang serius kerana negara kita melaksanakan system demokrasi berparlimen. YDPA sebagai Ketua Utama Negara mempunyai peranan dalam perlembagaan persekutuan. “Kita kena hormat dan jalankan kewajipan-kewajipan yang dipikul khususnya sebagai seorang Menteri dan Ketua Eksekutif negara, semua harus dijalankan secara teratur,” katanya. Sebab itu katanya, laporan polis telah dibuat agar tiada ahli politik yang gagal menghormati dan melaksanakan kewajipan yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan “Bayangkan kalau kerajaan pada hari ini pun boleh membelakangi Agong apa lagi dengan rakyat biasa? Oleh itu kita berharap tindakan dapat diambil bagi mempertahan dsn memelihara perlembagaan persekutuan kita,” katanya.

bottom of page