top of page

AGONG, PERMAISURI ZAHIR UCAPAN SELAMAT MERAIKAN CHAP GOH MEH

  • nabalunews
  • Feb 26, 2021
  • 1 min read


26 Feb 2021


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat meraikan Chap Goh Meh kepada mereka yang menyambut pesta tanglung itu.


Seri Paduka berdua turut mendoakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kedamaian kepada semua.


Ucapan itu dikongsikan menerusi sebuah poster berwarna-warni dalam laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini.


Chap Goh Meh yang juga dikenali sebagai ‘Yuan Xiao Jie’ adalah istilah Hokkien untuk malam ke-15 sambutan Tahun Baru Cina, satu festival penting yang menandakan berakhirnya perayaan itu. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page