top of page

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, Datuk Mohd Hamsan Awang Supain, meninggal dunia

  • nabalunews
  • Jan 21
  • 1 min read


ADUN Sungai Sibuga, Datuk Mohd Hamsan Awang Supain.
ADUN Sungai Sibuga, Datuk Mohd Hamsan Awang Supain.

20 Januari 2024


Oleh : Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga yang juga Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Mohd Hamsan Awang Supain, meninggal dunia pada malam semalam (Ahad).


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 malam di Hospital Pakar KPJ, Kota Kinabalu selepas dimasukkan ke wad di hospital itu untuk rawatan selepas dikhabarkan terkena serangan jantung sebelum ini.


Jenazah Allahyarham kemudian dibawa pulang ke rumah beliau di Sandakan sejurus itu untuk urusan pengebumian.


Difahamkan, sebelum pengebumian, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Datuk Pengiran Galpam dan ziarah akhir kalangan keluarga, kenalan dan masyarakat.


Sejurus itu, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Bintang Baru, Rancangan Sungai Manila, Sandakan.

تعليقات


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page