Ahli MAN, diingatkan agar tindakan, keputusan harus berlandaskan hukum adat
- Wartawan Nabalu News
- Feb 16, 2023
- 1 min read

16 Februari 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUNAK: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih mengingatkan agar Ahli-ahli Mahkamah Anak Negeri (MAN) untuk sentiasa memastikan keputusan dan tindakan yang dibuat selari dengan hukum adat.
Jelas beliau, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat dan akan terus menjaga hak serta kepentingan mereka.
Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan sesi taklimat sempena lawatan rasmi beliau ke Mahkamah Anak Negeri (MAN) di daerah Kunak, Majlis Daerah Kunak.
Seramai 100 orang MAN yang terdiri daripada Ketua-ketua Adat hadir dalam taklimat ini yang turut membincangkan pelbagai isu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif, Pegawai Daerah Kunak, Awang Yusuf, Pengarah JEHAINS, Majaran Osman, dan penduduk setempat turut menghadiri taklimat ini.
Isnin turut melawat Dewan Masyarakat yang telah rosak dan tidak dapat digunakan selama beberapa lama.
ความคิดเห็น