- Wartawan Nabalu News
AHLI, PENYOKONG 'TETAP' BERSAMA UPKO TENOM

14 Mac 2021
TENOM: Ahli dan penyokong Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tenom akan terus berjuang meskipun mantan ketua bahagian telah meninggalkan parti itu, kata Ketua Penerangan UPKO Tenom Rubin Kamuah.
Beliau turut menyangkal dakwaan kononnya ramai ahli UPKO di Tenom menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah.

"Dakwaan kemasukan beramai-ramai ahli UPKO ke Parti Star adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana masih ada 90 peratus Ahli jawatankuasa masih kekal bersama UPKO Tenom.
"Sokongan peringkat akar umbi masih lagi utuh. Kami terus berjuang bersama UPKO walaupun mantan Ketua Bahagian telah meninggalkan kami," katanya selepas mesyuarat AJK Bahagian Tenom, di sini, hari ini.
Rubin merupakan anak kepada mendiang Kumuah Mantai antara pengasas UPKO Tenom bersama mendiang Datuk Tingkalor Lampag menyatakan UPKO tetap relevan dan percaya akan perjuangan yang ikhlas dalam mengimbangi kerajaan yang ada sekarang.