top of page

Ahli UPKO Kota Belud diseru sokong, beri undi calon PH Madeli

Wartawan Nabalu News

18 November 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)  Kota Belud menyeru semua pengundi khususnya ahli parti itu supaya bersatu hati memberi sokongan dan mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kota Belud

Madeli Bangaly.


Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud Carlye Lajimin berkata, ini penting untuk memastikan kemenangan semua calon PH bagi menyumbang kemenangan besar PH secara keseluruhannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


“Kita mesti memberi sokongan dan undi kepada Modili sebab pilihan raya umum kali ini berlainan daripada pilihan raya sebelum ini. PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan persekutuan yang stabil  dan gabungan parti yang mempunyai calon Perdana Menteri yang jelas ialah PH iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Calon lain yang bertanding di Parlimen Kota Belud belum pasti siapa calon Perdana Menteri yang mereka sokong,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Carlye berkata, Madeli adalah pemegang sarjana (Master) dalam bidang pentadbiran pendidikan, mempunyai pengalaman sebagai pegawai kerajaan, merupakan anak Jati Kota Belud dan Kadamaian.


“Pengalaman beliau sebagai pejawat awam dalam sektor pendidikan dan pentadbiran, dapat membantu mengetengahkan idea dan pendekatan baru untuk 'reset' sistem pentadbiran negara agar sistem pentadbiran dan pendidikan disemua peringkat pembelajaran dipulihkan dan dibaharui,” katanya.


Katanya lagi, walaupun Madeli bertugas sebagai penjawat awam, penglibatan beliau dalam progrom CSR dan program pembangunan komuniti melalui badan NGO telah memberi nilai tambah kepada kualiti kepimpinan beliau, dan seterus menyumbang kepada pasukan kepimpinan PH yang berkualiti dan berdaya maju.


Carlye berkata, rakyat Kota Belud harus memberikan mandat kepada Madeli pada PRU15 bagi pembangunan lebih pesat di Kota Belud.


“Kita merasa sedih dan malu kerana Kota Belud merupakan salah satu dari 10 daerah termiskin di Malaysia, sedangkan Parlimen Kota Belud sentiasa diwakili oleh wakil-wakil rakyat yang memegang jawatan Menteri dan timbalan menteri di peringkat persekutuan.


“Kemuskhilan dan ketirisan kualiti pengurusan dan kepimpinan ini memberikan isyarat bahwa perlu ada perubahan kerajaan yang lebih adil dan telus, agar sistem pentadbiran dan pelaksanaan pembangunan ditambahbaik untuk lebih transparen dan bertanggungjawab kepada kemajuan rakyat,” katanya.


“Kita harus memenangkan Calon PH Kota Belud, dan menyeru ahli-ahli UPKO dan warga Kota Belud untuk turun mengundi Pakatan Harapan pada hari esok (Sabtu) agar Kota Belud menyumbangkan satu kerusi Parlimen bagi Pakatan Harapan membentuk kerajaan Persekutuan pada 20 Nov ini,” katanya.


Sementara itu Jimmy Berukang berkata, imej Malaysia semakin merosot akibat korupsi dan hambatan ketidakstabilan politik dalaman, kejatuhan ekonomi dan nilai mata wang Ringgit Malaysia.


“Para pemimpin yang lemah dan gagal, sangat mencabar bagi rakyat masakini. Ini membuat persoalan perubahan dasar dan kepimpinan tidak boleh ditangguh lagi.


“Kita telah tiba ditahap persimpangan kritikal. Hanya kita yang boleh menyekat kebusukan dan kemorosotan berterusan dalam pimpinan negara kita. Isu perbedaan gaji dengan harga barang tinggi, penyelewengan berleluasa, amalan korupsi dan mengabaikan kepentingan rakyat Sabah, pembinaan semula Institusi bangsa dan Nasional ini adalah sangat penting sekarang.


“Situasi akan menjadi sangat sukar bagi genarasi akan datang untuk “reset” kemerosotan ini jika kebusukan-kebusukan tidak terkawal dan berterusan,” katanya.


Oleh itu katanya, peranan rakyat Malaysia adalah untuk membuat pilihan bijak dalam PRU15 dengan mengundi PH.


“Kita perlu ada pendirian yang tegas dan jitu, harus jelas dimana kita berada dan dimana kita akan pergi, jelas dengan siapa yang kita pertaruhkan undi kita, jangan seperti terantuk baru terngadah.


“Untuk itu pilihan terbaik ada bermula dengan calon Harapan Madeli,” katanya.


Sementara itu seorang lagi ahli jawatankuasa UPKO Johnny Gilong berkata, sebaran negatif tentang calon adalah provokasi semata-mata.


“Mari ambilkira yang positifnya, pengalaman kerjaya calon selaku warga pendidik anak-anak kita dan kelayakan akademik menjadi landasan keyakinan bahawa beliau akan menjadi seorang wakil rakyat yang berubah serta dapat menghasilkan kebaikan-kebaikan bagi Kota Belud terutama Kadamaian di masa hadapan.


“Pemilihan kali ini adalah menyangkup maruah dan masa depan, maka itu undi calon PH  untuk satu dari banyak jambatan perubahan, disamping kita memilih Perdana Menteri yang lebih berdaya maju seperti Annuar Ibrahim yang berwawasan dan terbuka kearah autonomi Wilayah Sabah.


“Harus lihat gambar yang besar dan pilihan tepat ada pada tangan kita,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page