top of page

Ahmad Faizal dilantik penasihat khas PM bertaraf menteri

  • Writer: Ilona Andrew
    Ilona Andrew
  • Aug 5, 2021
  • 1 min read

5 Ogos 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Ahmad Faizal Azumu telah dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertaraf Menteri.


Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Ahli Parlimen Tambun.


Lantikan itu diumum menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, hari ini.


Kata pejabat itu, Ahmad Faizal akan bertanggungjawab menasihati Muhyiddin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page