• nabalunews

AKTIVITI SOSIAL LIBATKAN PERHIMPUNAN RAMAI PERLU DIMAKLUMKAN KEPADA PKOB DAERAH



5 JAN 2021


KOTA KINABALU: Sebarang penganjuran aktiviti atau majlis sosial melibatkan perhimpunan orang ramai di negeri ini perlu dimaklumkan kepada pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah

.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi memudahkan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak berkuasa tempatan.


Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata Sabah mencatatkan 383 kes baharu positif COVID-19 hari ini iaitu meningkat 80 kes berbanding semalam menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu 38, 555 kes.


Beliau berkata lima kes kematian turut direkodkan iaitu dua kes di Lahad Datu dan masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Kinabatangan dan Sandakan manakala satu kluster baharu dikesan hari ini ialah Kluster Tombovo di Putatan.


Sementara itu, setakat hari ini hanya 32.77 peratus daripada jumlah keseluruhan 6,392 unit katil di hospital dan Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) COVID-19 digunakan. – Bernama