top of page
nabalunews

Aktiviti sukan dan memperkasakan belia di Kadamaian, terus dapat sokongan Ewon

11 Oktober 2024


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick komited dalam memastikan pembangunan belia serta infrastruktur sukan di kawasan Kadamaian terus diberi perhatian, dengan harapan dapat melahirkan bakat-bakat baharu dalam sukan pada masa akan datang.


Pada 10 Oktober lalu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis yang mewakili Ewon telah menyampaikan sumbangan berupa satu set jaring dan tiang gol bola sepak kepada golongan belia di Kampung Kinasaraban, yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, Kota Belud.


Sumbangan ini diterima oleh Gumbai Salagan, seorang wakil dari belia kampung tersebut.


Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong aktiviti sukan dan memperkasakan belia di kawasan luar bandar, sekali gus memupuk semangat kesukanan serta mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan generasi muda.

Comments


bottom of page