top of page

AKTIVITI SUKAN, MEMANCING DIBENARKAN DENGAN PEMATUHAN SOP MULAI ESOK

  • nabalunews
  • Feb 11, 2021
  • 1 min read

Gambar Hiasan.

11 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju membenarkan pembukaan pelbagai jenis aktiviti sukan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), berkuatkuasa esok (12 Feb).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, aktiviti sukan yang dibenarkan ialah Jogging, brisk walking, berbasikal dan senaman yang terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan sahaja.


"Tenis, badminton, ping pong (acara perseorangan sahaja). Permotoran (dua roda dan empat roda). Aktiviti latihan kemahiran kendiri seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw yang dilakukan secara berseorangan, Gimnanisium dan Golf," katanya.



Masidi berkata, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan operasi Kolam Pancing, HouseBoat, Pelantar Pancing (kelong), Rumah Rakit dan Bot/Vesel Memancing berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berkuatkuasa mulai 12 Februari.


Beliau berkata, SOP Kolam Pancing, Pelantar Pancing (kelong), Rumah Rakit yang ditetapkan ialah kolam pancing yang ingin beroperasi perlu berdaftar dengan PBT dan Jabatan Perikanan Malaysia.


"Manakala Rumah Rakit dan Pelantar Memancing (kelong pancing) perlu berdaftar dengan PBT sahaja.


"Semua premis hendaklah memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya dua meter antara setiap pemancing semasa aktiviti. Tempat duduk pemancing ditandakan dengan jelas.


"Premis juga hendaklah menyediakan pendaftaran pelanggan melalui MySejahtera, menyediakan hand sanitizer atau sabun untuk mencuci tangan, melakukan saringan suhu selain melaksanakan sanitasi setiap dua jam mulai masa dibuka sehingga premis ditutup," katanya.


SOP terperinci boleh dirujuk di laman sesawang Jabatan Perikanan Malaysia dan

MKN.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page