Amalkan hidup sihat - Redonah
- nabalunews
- Sep 9, 2024
- 1 min read

9 September 2024
KOTA MARUDU: Rezeki kesihatan itu 'mahal'. Apatah lagi, tidak kira pada usia muda atau sudah ke tahap warga emas, kehadiran pelbagai penyakit yang 'singgah' di tubuh badan selalunya jarang disedari.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata pada ketika ini, kebanyakan golongan tua dan muda sering menghadapi masalah kesihatan.
Beliau berkata semestinya, keadaan kesihatan ini berkait rapat dengan amalan gaya hidup iaitu tidak menjaga pemakanan, kurang bersenam dan stres.
“Saya menyeru orang ramai agar mengutamakan kesihatan diri supaya dapat mengurangkan risiko penyakit samada berjangkit mahupun tidak berjangkit. Kita boleh beriadah sambil berzumba untuk menjaga kesihatan”, katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Fitness Centre di Dewan Residensi Prima Kota Marudu baru-baru lalu.
Menurut Redonah semua lapisan masyarakat dinasihatkan agar sentiasa peka dan mengambil peduli mengenai kesihatan diri serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Jelasnya selain gaya hidup sihat, pengambilan makanan seimbang juga penting bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan.
"Selain gaya hidup sihat, pengambilan makanan seimbang juga penting bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan. Masyarakat juga dinasihatkan supaya mengamalkan senaman supaya kekal sihat dan cergas.
“Penekanan mengenai gaya hidup sihat harus diberikan kepada generasi muda kerana mereka adalah tulang belakang kepada kemajuan negara pada masa akan datang.
“Kita semua perlu selitkan sedikit waktu untuk bersukan dan aktiviti riadah.walau sesibuk mana pun jadual kerja kita, kerana kesihatan kita perlu sentiasa kita pelihara dan bersukan adalah antara cara untuk kita meningkatkan kualiti kesihatan kita,” tambah Redonah.


















Comments