• nabalunews

AMARAN CUACA BURUK DI PANTAI BARAT SABAH



17 Jan 2021


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Pantai Barat Sabah mulai esok hingga Selasa.


MetMalaysia dalam kenyataan pada 11.30 pagi, turut mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak serta Labuan, hingga esok.


Kawasan yang dijangka terlibat ialah Sandakan (Kinabatangan) di Sabah, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak, serta Labuan.


Keadaan cuaca sama juga diramal bermula esok hingga Selasa di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat di Sabah. - Bernama