• nabalunews

AMARAN CUACA WASPADA DENGAN HUJAN LEBAT DI BEBERAPA NEGERI SEHINGGA SELASA


8 JAN 2021


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Pahang, Johor serta beberapa kawasan di Terengganu dan Sarawak dijangka berlanjutan sehingga Selasa ini.

Di Terengganu kawasan terlibat ialah Dungun dan Kemanan, manakala di Sarawak melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Selain itu, di Sabah hujan lebat dijangka berlaku dari Ahad hingga Selasa ini melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat. - Bernama