Amaran hujan berterusan di lima negeri

15 Disember 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Lima negeri di Malaysia akan mengalami hujan berterusan yang boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Negeri-negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.
Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan oleh METMalaysia hari ini bagi Kelantan dan Terengganu, manakala bagi Pahang, Johor dan Sabah, amaran itu akan berkuat kuasa mulai Isnin depan hingga Selasa.
Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, amaran cuaca itu dikeluarkan berdasarkan analisis data dan ramalan cuaca terkini.
"Di Pahang, amaran cuaca itu dikeluarkan bagi daerah Rompin manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
"Di Sabah pula membabitkan kawasan Pantai Barat iaitu Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) selain Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat," katanya dalam kenyataan.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlakunya banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat.
Beliau juga menyeru orang ramai supaya mengikuti perkembangan cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.
Opmerkingen