nabalunews
Amaran hujan berterusan tahap wasapada di Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat sehingga Jumaat ini
27 November 2024
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada untuk beberapa kawasan di Sabah, termasuk Telupid, Beluran, Sandakan, dan Kudat, dengan risiko hujan lebat yang boleh menjejaskan aktiviti harian penduduk.
Dalam kenyataan rasmi, MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan tahap bahaya dijangka melanda Kelantan, Terengganu, dan Pahang sehingga Jumaat ini.
"Di Sabah, kawasan Telupid, Beluran, Sandakan, dan Kudat dikenal pasti berisiko menerima hujan berterusan yang boleh mengakibatkan kesan seperti banjir kilat dan tanah runtuh. Orang ramai di kawasan ini disaran mengambil langkah berjaga-jaga," kata kenyataan tersebut.
MetMalaysia turut mengingatkan penduduk di kawasan terjejas untuk sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi jabatan.
"Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, atau laman media sosial jabatan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 1-300-22-1638," tambah kenyataan itu.
Amaran tahap bahaya turut dikeluarkan untuk kawasan di Kelantan, Terengganu, dan Pahang, manakala tahap buruk dan waspada melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Johor, dan Pulau Pinang.
Comments