top of page

Amaran ribut petir di beberapa tempat termasuk Sabah malam ini

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 11, 2022
  • 1 min read

ree

11 July 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR – Beberapa tempat di 11 buah negeri termasuk Sabah dijangka dilanda ribut petir sehingga lewat malam ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berakata cuaca buruk tersebut dijangka akan melanda di Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat)


Manakala dia Sarawak, amaran ribut petir juga telah dikeluarkan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.


MetMalaysia juga mengeluarkan amaran cuaca buruk di beberapa negeri di semenanjung seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.


Bagaimanapun, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka dilanda ribut petir sehingga lewat malam.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page