top of page

Anak tauke restoran yang hilang ditemukan mati dipercayai dibunuh

nabalunews

25 Julai 2024


SANDAKAN : Misteri kehilangan seorang lelaki sejak Ahad lalu, terjawab apabila mayatnya ditemui dipercayai dibunuh di kawasan semak berdekatan sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang, di sini, hari ini.


Mayat mangsa dikenali sebagai Naufal Abdul Rashid, 35, ditemukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, kira-kira jam 11 pagi.


Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy Kuppan, berkata pihaknya menerima laporan awal berhubung penemuan sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar di kawasan berkenaan.


Beliau berkata, susulan itu sepasukan polis dikejarkan ke tempat berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.


"Setiba di lokasi didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar, namun tiada individu di dalam kenderaan berkenaan.


"Anggota polis kemudian menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kenderaan itu dan menemui satu mayat lelaki yang disyaki berkaitan satu laporan orang hilang pada Ahad lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Ramasamy berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess Of kent (HDOK) Sandakan untuk tujuan bedah siasat.


"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Sejak pagi, tular di media sosial berkaitan kehilangan seorang lelaki yang juga anak tauke restoran kira-kira jam 3 petang, Ahad lalu.

Σχόλια


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page