top of page

Anwar bimbang kadar tinggi nahas motosikal

  • nabalunews
  • Aug 7, 2024
  • 1 min read

7 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap kadar kemalangan tinggi di kalangan penunggang motosikal yang berkaitan dengan kelemahan penguatkuasaan undang-undang selain isu penyelenggaraan jalan raya.


Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata, kebimbangan sama turut dizahirkan oleh Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, dalam pertemuan mereka, di sini, semalam.


"Antara intipati pertemuan kami adalah mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja.


"Saya berharap NGO seperti ini dan lain-lain lagi, akan terus memberi khidmat kepada komuniti dalam membina budaya keselamatan yang mampan selain turut memainkan tanggungjawab dalam menyampaikan misi dan hasrat kerajaan khususnya kesedaran tentang Malaysia MADANI," katanya seperti dilaporkan Bernama.


Anwar berkata pertubuhan bukan kerajaan yang diterajui Lam Thye, seorang aktivis sosial berpengaruh, berperanan mempromosi kempen kesedaran, keselamatan dan mendidik masyarakat dalam membentuk budaya selamat, sihat serta mewujudkan suasana kerja kondusif.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page