top of page

Anwar dan Erdogan bincang isu Palestin-Israel

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 10, 2023
  • 1 min read

10 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah mengadakan perbincangan telefon mengenai isu Palestin-Israel yang berlarutan.


Kedua-dua pemimpin itu menyuarakan keprihatinan dan kecaman terhadap tindakan keganasan dan penindasan yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin.


Anwar menerusi catatan di X lewat malam tadi berkata, "Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel."


Dalam pada itu, kerajaan Malaysia telah mengumumkan akan memberi sumbangan sebanyak RM1 juta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Luar.


Sumbangan itu bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik dan pertempuran di Semenanjung Gaza.


Terdahulu, konflik dan perempuran sengit telah tercetus di antara Hamas, penguasa Gaza di Palestin, dan Israel sejak 7 Okt telah menyebabkan ratusan orang terkorban daripada kedua-dua pihak.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page