top of page

Anwar gesa reformasi sistem perkhidmatan awam, tingkat keyakinan pelabur

  • nabalunews
  • Jul 17, 2025
  • 1 min read

17 Julai 2025


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pihak berkaitan untuk memperkukuh tekad dan usaha dalam meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan di negara ini.


Menurutnya, antara langkah yang mendesak ketika ini adalah pelaksanaan reformasi secara menyeluruh terhadap tatakelola dan sistem penyampaian perkhidmatan awam supaya menjadi lebih cekap, telus dan berintegriti.


"Susulan pencapaian Malaysia yang melonjak 11 anak tangga dalam IMD World Competitiveness Ranking 2025, saya menyeru pihak terbabit terus memperkukuh tekad dan usaha memperbaiki 'ease of doing business' di negara ini.


"Langkah ini penting bagi menjamin kemakmuran negara, meningkatkan keyakinan pelabur dan yang paling utama, memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi teras utama pembangunan," katanya.


Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman sosial facebook pada Rabu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara.


Malaysia mencatat peningkatan membanggakan dalam IMD World Competitiveness Ranking 2025 dengan melonjak 11 anak tangga, daripada kedudukan ke-34 pada tahun lalu kepada tangga ke-23 tahun ini.


Pencapaian ini meletakkan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang melonjak lebih 10 anak tangga dalam penarafan tahun 2025, sekali gus menjadikan ia pencapaian terbaik negara sejak 2020.


Sementara itu, mengulas lanjut mengenai mesyuarat berkenaan, Anwar berkata pihaknya turut meneliti pelbagai cadangan berkaitan pembangunan.


"Ia termasuk aspek perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri, seperti termaktub di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page