top of page

‘Anwar hanya umum dua TPM, bukan tiga’- Setiausaha Akhbar

  • nabalunews
  • Oct 24, 2022
  • 1 min read


24 Oktober 2022


KUALA LUMPUR: Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dua, bukannya tiga seperti dilaporkan media semalam.


Setiausaha Akhbarnya, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, menjelaskan Presiden PKR itu hanya mengumumkan dua jawatan TPM, iaitu membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).


“Pendirian dan semangat ini konsisten sejak era Pakatan Rakyat sehingga kini. Saya memohon jasa baik rakan-rakan media agar dapat memperbetulkan laporan yang telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Semalam, media melaporkan Anwar sebagai berkata PH akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan TPM diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.


Ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Sabah di Sandakan semalam, beliau juga dipetik berkata, cadangan itu merangkumi seorang TPM, masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. – Bernama


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page