top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar: Kerajaan tidak keberatan KWSP laksana pengeluaran secara berkala


7 Julai 2023

Oleh Wartawn Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak keberatan terhadap cadangan untuk menjadikan pilihan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara berkala atau bulanan apabila mencecah usia persaraan 55 tahun di mana pada masa ini adalah secara sukarela kepada mandatori.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut kini berada di peringkat akhir dan perlu diteliti dengan mengambil kira beberapa kekangan termasuk jumlah simpanan semasa pencarum KWSP.


“(Cadangan pengeluaran mandatori) itu masih di peringkat akhir. Saya tiada keberatan (dengan cadangan tersebut).


“(Ketua Pegawai Eksekutif KWSP) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kata ada beberapa kekangan terutama dalam kalangan ahli yang jumlahnya (simpanan) sikit,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika melancarkan versi baharu aplikasi i-Akaun KWSP pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa Ke-10 2023 (ISWC 2023) di ibu negara.


Menurut Amir Hamzah, pengeluaran secara berkala itu dilihat mampu memberi peluang kepada ahli KWSP menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.


Bagaimanapun, tegasnya, pelaksanaan secara mandatori itu memerlukan kajian yang lebih teliti dan perbincangan lanjut dengan kerajaan.


bottom of page