top of page

Anwar rai Hari Penjaja dan Peniaga Kecil sebagai acara rasmi pertama sebagai PM

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 23, 2022
  • 1 min read

ree

22 Disember 2022

By Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2022, sebagai acara rasmi pertama beliau sebagai Perdana Menteri.


Sambutan HPPK 2022 bertujuan menghargai sumbangan golongan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara dianjurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).


Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, sambutan HPPK 2022 kali ini dilaksanakan dengan konsep konvensyen dengan menghimpunkan seramai 2,500 kehadiran golongan penjaja dan peniaga kecil serta pelbagai pihak yang lain.

“Sepanjang Konvensyen HPPK 2022 ini berlangsung, KUSKOP turut menyediakan ekspo dan pameran yang turut dibuka sepanjang hari bagi memberikan peluang kepada golongan penjaja dan peniaga kecil mendapatkan maklumat perniagaan, peluang-peluang pembiayaan dan pemasaran serta pelbagai lagi yang ditawarkan oleh kementerian dan agensi berkaitan,” katanya.


Pada majlis itu seramai 16 usahawan seluruh negara masing-masing menerima Anugerah Kecemerlangan Peserta Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil Tahun 2022.

ree

Ewon berkata, kerajaan mewartakan 18 November setiap tahun sebagai Hari Penjaja dan Peniaga Kecil, bagaimanapun penganjuran sambutan HPPK 2022 ini sedikit lewat kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 serta penubuhan barisan Kabinet yang baharu.


Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha kementerian Dato’ Sri Suriani Ahmad dan ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page