top of page

APEL.Q Alternatif Tingkatkan Ilmu, Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

  • nabalunews
  • Jul 13, 2025
  • 2 min read

13 Julai 2025


KOTA KINABALU: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menjadikan Accreditation of Prior Experiential Learning Qualification (APEL. Q) sebagai alternatif bagi meningkatkan ilmu dan pengiktirafan akademik dalam kalangan penjawat awam.


Pengarah Wilayah INTAN Kampus Sabah, Dr. Muharrir Kamarudin berkata, APEL.Q merupakan salah satu kaedah pengiktirafan akademik selain pembelajaran konvensional melalui kelas dan peperiksaan semester. 


"APEL.Q merujuk kepada individu berkerjaya yang berdasarkan kelayakan akademik, kepakaran dan pengalaman kerja sedia ada serta bersesuaian untuk mendapatkan pengiktirafan kelayakan akademik yang lebih tinggi.

"Setakat ini, INTAN sudah berkolaborasi dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama antara APEL.Q dengan tujuh universiti.


"Di Sabah, dua pusat pengajian swasta  iaitu City University dan Open University Malaysia kini menawarkan pengiktirafan dan pembelajaran akademik melalui kaedah APEL.Q.


"Oleh itu, saya menyeru penjawat awam untuk menyertai APEL.Q melalui INTAN kerana mereka akan mendapat beberapa kelebihan antaranya kadar yuran istimewa serta tanggungan 50 peratus atau RM15 ribu tertakluk kepada terma dan syarat," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Laluan APEL.Q yang diadakan di INTAN Kampus Sabah di sini, Jumaat lalu.


Hadir sama, Ketua Program Pengurusan Kualiti INTAN KIARA, Kamarul Aznan Rashed, Pensyarah City University Malaysia Sabah, Noor Farhani Atiqah Jamrin dan Timbalan Pengarah Pusat APEL Open University Malaysia, Iryanty Mohd Omar


Dr. Muharrir berkata, INTAN selaku peneraju penyedia latihan sektor awam komited memastikan pembentukan minda berintelektual dan pembelajaran sepanjang hayat dapat dibudayakan dalam perkhidmatan awam. 


"Pelaksanaan APEL merupakan salah satu kaedah untuk membudayakan organisasi perkhidmatan awam yang berintelektual dan resilience dalam mendepani cabaran pembangunan negara," ujarnya. 


Antara pengisian seminar yang dihadiri kira-kira 250 orang penjawat awam itu adalah sesi ceramah daripada INTAN KIARA, City University Malaysia (Sabah) dan Pusat APEL, Open University Malaysia. 

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page