• nabalunews

APLIKASI E-CULTURE SABAH DIJANGKA MULA DIGUNAKAN JANUARI DEPAN


2 Disember 2020

KOTA KINABALU: E-Culture Sabah yang dibangunkan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama syarikat Alpha Graphic Mobile Apps Developer, dijangka mula digunakan pada 1 Jan depan.


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata aplikasi untuk peranti android telah siap dibangunkan manakala bagi apple iOS sedang dibangunkan dan akan siap sepenuhnya pada akhir Disember ini.


Beliau berkata aplikasi E-Culture yang boleh dimuat naik secara percuma itu akan membolehkan orang awam khususnya penyelidik, pelajar institut pengajian tinggi, pelajar sekolah dan pelancong tempatan mengetahui dan mempelajari budaya etnik-etnik Sabah secara berterusan atau mudah alih.



“Dalam aplikasi itu, memaparkan maklumat tentang etnik-etnik dan budaya yang terdapat di Sabah. Maklumat ini dipaparkan dalam bentuk infografik yang padat dan mudah difahami merangkumi tujuh pengenalan budaya.


“Ia termasuk sejarah dan latar belakang etnik, adat resam turun-temurun, kepercayaan, amalan dan pantang larang, alat muzik dan tarian tradisional, pakaian tradisional etnik, makanan tradisional dan bahasa etnik,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi itu di sini hari ini.


Jafry berkata aplikasi itu kini dimuatkan dengan maklumat 23 etnik yang terdapat di Sabah dan pengguna juga boleh mempelajari asas bahasa sukuan Sabah dalam bentuk audio yang disediakan.



“Bagi pengguna yang meminati permainan melalui telefon muda alih, permainan ‘mini puzzle’ dalam E-Culture Sabah juga turut diperkenalkan. Oleh itu, pengguna boleh bermain untuk mengisi masa lapang sambil mempelajari budaya yang terdapat di Sabah,” katanya. – Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com