top of page

Arthur sokong Belanjawan Madani 2023 untuk kesejahteraan rakyat, pembangunan Sabah dan Sarawak

Wartawan Nabalu News

25 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Kurup menyokong sepenuhnya Belanjawan Malaysia Madani 2023 yang dibentang oleh Perdana Menteri kerana mencerminkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan tiada yang terpinggir daripada menikmati bantuan dan perkhidmatan Kerajaan.


Dalam sebuah kenyataan, Arthur turut mengalu-alukan sumbangan Anwar dalam usaha Kerajaan untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan B40 melalui pelbagai inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kredit e-Tunai Belia Rahmah dan Jualan Rahmah.


“Saya menyokong sasaran yang ditetapkan yang ditetapkan oleh Perdana Menteri untuk menoktahkan miskin tegar dan menaik taraf sejumlah 400 buah klinik daif dan 380 buah sekolah daif di seluruh negara,” katanya.


Arthur berharap agar Sabah, terutamanya kawasan pedalaman seperti Pensiangan, diberi keutamaan dan dipercepatkan pelaksanaannya untuk menyelesaikan masalah kemudahan kesihatan dan pendidikan yang dalam keadaan daif.


Arthur juga menyatakan sokongan terhadap peruntukan besar yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2023 iaitu sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion masing-masing.


Beliau berharap peruntukan ini akan membantu meningkatkan pembangunan di kedua-dua negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan.


Selain itu, Arthur turut menyokong pengumuman oleh Anwar untuk membangunkan kawasan sempadan dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion, termasuk kawasan Pensiangan, untuk memastikan kawasan yang bersempadan dengan Kalimantan bersedia untuk menerima limpahan ekonomi hasil daripada pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan.


Beliau juga mengalu-alukan pengumuman Anwar bagi meneruskan bantuan baik pulih rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM50 juta, sejajar dengan semangat Malaysia Madani.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page