• nabalunews

ATM SETUJU WUJUDKAN MTC DI PENJARA KEPAYAN: ISMAIL SABRI


Gambar Hiasan

20 OKTOBER 2020


KOTA KINABALU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersetuju mewujudkan Makeshift Treatment Centre (MTC) dalam kawasan Penjara Kepayan sebagai pusat rawatan atau tempat pengasingan pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MTC itu adalah mengikut model serupa yang telah dilaksanakan di Penjara Pokok Sena, Kedah, sebelum ini dan persediaan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Hari ini, Sidang Khas mendengar pembentangan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah mengenai keperluan untuk menambah fasiliti perubatan di Penjara Kepayan yang telah dikenakan PKPD bermula hari ini akibat peningkatan jumlah positif cOVID-19 di penjara tersebut.

“Sehubungan itu, ATM bersetuju mewujudkan MTC dalam kawasan Penjara Kepayan sebagai pusat rawatan atau tempat pengasingan pesakit yang dijangkiti Covid-19,” katanya.

Mengenai Hospital Medan Tawau, Ismail Sabri berkata, hospital itu sudahpun beroperasi dan telah menerima empat pesakit pada hari ini.

“Pengoperasian Hospital Medan ATM sebagai bantuan sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan memberi fokus kepada rawatan kes-kes bukan Covid-19.

“Ini memberi ruang kepada hospital KMM untuk fokus sepenuhnya dalam menangani kes-kes Covid-19,” katanya.

Selain itu katanya, jika kes-kes positif Covid-19 di Sabah terus meningkat dan memerlukan bantuan sokongan kesihatan, ATM bersedia mewujudkan lagi Hospital Medan di kawasan yang ditentukan oleh KMM.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com