top of page

Banjir: 24 Mangsa Dipindahkan

  • nabalunews
  • Apr 11
  • 1 min read


11 April 2025


NABAWAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa memindahkan seramai 24 mangsa selepas rumah mereka di Kampung Indah, di sini, dinaiki air.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua mangsa termasuk 12 kanak-kanak diselamatkan selepas terperangkap di rumah masing-masing.


Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan Rudy Mekii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8 pagi.


Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai dari BBP Nabawan terus dikerahkan ke lokasi untuk misi menyelamat.


“Sebaik tiba di lokasi, 24 mangsa didapati terperangkap dalam banjir di lokasi berikutan hujan berterusan sejak semalam.


“Sekua mangsa melibatkan empat lelaki dan lapan wanita dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki dan lima perempuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, semua mangsa banjir berjaya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Nabawan dalam keadaan selamat.


Katanya, pihak JBPM akan terus melakukan pemantauan berterusan berikutan keadaan cuaca masih tidak menentu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page