top of page
nabalunews

Banjir: Cuti anggot Jemaah Menteri dibekukan - PM Anwar

29 November 2024


PUTRAJAYA: Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.


Semua menteri dan timbalan menteri turut diarahkan untuk turun padang ke kawasan bencana kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan). Ya (cuti dibekukan)," katanya seperti dilaporkan Bernama.


Perdana Menteri berkata demikian

kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Surau Pudina, Presint 17 di sini pada Jumaat.


Beliau ditanya mengenai sama ada cuti anggota Kabinet akan dibekukan ketika banjir melanda negara pada masa ini.


Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 59,232 mangsa telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.


Di Terengganu, sebanyak 20,911 mangsa daripada 5,916 keluarga berlindung di 232 PPS setakat 8 pagi ini berbanding 17,762 orang semalam.


Negeri lain yang turut terjejas banjir ialah Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor, hingga Sabtu.

تعليقات


bottom of page