• nabalunews

BANJIR KILAT DI BEBERAPA KAWASAN PEKAN MANGGATAL




16 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Beberapa kawasan sekitar Pekan Manggatal dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak lewat petang Sabtu.


Antara kawasan yang terjejas ialah Pekan Manggatal, Bulatan Jalan Pulutan, Jalan Rampayan Bataras serta Batu 9 dan Batu 10, Jalan Tuaran.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji ketika dihubungi mengesahkan kejadian banjir itu.


Beliau berkata anggota polis dari Balai Polis Manggatal turut membuat pemantauan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


Beliau menasihati Orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika musim hujan.


Sementara itu maklumat terkini daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tuaran, berikutan hujan turun melebihi dua jam bermula jam 4 petang tadi, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tuaran melakukan pemantauan di beberapa kawasan hotspot banjir


Setakat jam 7 malam tadi (Sabtu), antara jalan yang terjejas banjir ialah Jalan Taman Seri Rugading.


Di Penampang, maklumat terkini daripada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Penampang setakat jam 10 malam tadi beberapa kawasan dinaiki air.


Antara kawasan itu ialah Millenium Height Bundusan, Perumahan Jalan Panglima Banting, Simpang Penampang Proper dan Kampung Kembau.

Manakala jalan yang turut dinaiki air ialah Jalan Kolopis, Jalan Datuk Panglima Banting, Jalan Kasigui dan Bundusan Jalan Penampang.