top of page

Bantuan Awal Persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa kira had pendapatan ibu bapa

  • Farah Salim
  • Dec 21, 2022
  • 1 min read

21 Disember 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid.


Beliau mendedahkan perkara itu ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, kelmarin.


Jelas Anwar, bantuan itu akan disalurkan tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada bulan Januari 2023.


Tambah beliau, bantuan awal persekolahan itu antara tambahan kepada keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan dan pembelian buku teks.


“Dengan isu generasi tercicir ekoran kemelut pandemik yang baru berlalu, adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.


“Selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan dan pembelian buku teks, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak 150 ringgit kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada bulan Januari 2023,” katanya.


Selain itu, Anwar juga mendedahkan bahawa kerajaan akan menyediakan tawaran 50 ribu peluang kerjaya secara kontrak termasuk 35 ribu oleh syarikat GLC melalui program MySTEP untuk tahun 2023.


Dalam mendepani isu peluang pekerjaan, kerajaan akan menyediakan tawaran 50 ribu peluang kerjaya secara kontrak termasuk 35 ribu oleh syarikat GLC melalui program MySTEP untuk tahun 2023.


"Para belia juga memerlukan kelangsungan peluang pekerjaan untuk meraih rezeki. Dengan didorong pelaksanaan program yang mengiktiraf gaji antara RM1,500 hingga RM2,100, kata Anwar.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page