- Wartawan Nabalu News
Bantuan Khas Aidilfitri dan Kaamatan untuk penjawat awam, pesara Sabah
11 April 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Penjawat awam negeri akan menerima bantuan khas Aidilfitri dan Pesta Kaamatan sebanyak RM700 daripada Kerajaan Negeri.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semasa berbual dengan media pada Majlis Berbuka Puasa Ketua Menteri Sabah Bersama Mahasiswa IPT Semenanjung, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya, semalam.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk memberikan bantuan sebanyak RM350 kepada pesara awam negeri.
Katanya, bantuan khas itu akan dibayar kepada penjawat awam negeri dan pesara pada 17 April ini.
Beliau juga berkongsi bahawa majlis berbuka puasa itu diadakan setiap tahun sebagai tanda penghargaan kepada mahasiswa Sabah yang belajar di Semenanjung Malaysia.
“Saya harap majlis ini dapat mengubat rindu mereka yang berpuasa jauh dari keluarga,” ujarnya.
Comments