top of page

Bantuan mangsa banjir disalurkan melalui JPBD: Ghani

  • nabalunews
  • Apr 20
  • 1 min read


Ghani (kelima dari kiri) menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima
Ghani (kelima dari kiri) menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima

20 April 2025


NABAWAN: Bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir masih diteruskan bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang belum menerimanya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, bantuan disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) sebelum diagih-agihkan kepada penerima.


Katanya, ia bagi memastikan mereka yang betul-betul terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini tidak tercicir daripada agihan bantuan berkenaan.


"Kita salurkan kepada JPBD kerana mereka mempunyai data yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat" katanya selepas simbolik penyerahan bantuan bakul makanan kepada Jabatan Kebajikan di sini pada Sabtu.


Turut sama Penolong Pegawai Daerah Nabawan (Pentadbiran) Fellyntia Sungkang, Pengurus Wilayah Pantai Barat LKTNS Jasni Yusof, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Nabawan Andy Fathmal Mohamad Ikhsan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.


Menurut Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk NGO juga disalurkan kepada JPBD yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.


"Kita atur sedemikian kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai data atau senarai rujukan penerima yang lengkap" jelasnya.


“Selepas itu, agihan akan dibuat oleh Jabatan Kebajikan berdasarkan senarai yang telah dikemaskini,” katanya.


Sementara itu Ghani berkata, bantuan bakul makanan juga diberikan kepada peserta ladang LKTNS Skim Nabawan yang terkesan dengan banjir.


Katanya, bantuan itu diselaraskan oleh Pengurusan Ladang sebelum diagih-agihkan kepada penerima.


“Saya berharap agihan dapat dilakukan menepati sasaran dan diagihkan dengan kadar segera.


“Penduduk terkesan banjir yang tidak berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga akan mendapat bantuan bakul makanan ini,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page