• Wartawan Nabalu News

PEKEBUN KECIL GETAH BOLEH SEMAK BMT MELALUI PORTAL LIGS



29 DIS 2020


KOTA KINABALU: Para pekebun kecil getah di negeri ini boleh membuat semakan bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) melalui portal Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).


Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Dr.Jeffrey Kitingan berkata, para pekebun kecil getah boleh membuat semakan melalui pautan e-BMT2020 di www.ligs.gov.my.


“LIGS sebagai agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengagih-agihkan bantuan ini telah pun mula membuat pembayaran secara electronic fund transfer pada 23 Disember lalu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Jeffrey berkata, kerajaan amat prihatin terhadap nasib dan kebajikan para pekebun kecil dan penoreh getah yang sering berdepan dengan keadaan cuaca hujan terutamanya pada akhir tahun yang menjejaskan aktiviti penorehan getah serta menjejaskan sumber pendapatan mereka.


Tambahan lagi, katanya harga komoditi getah global sehingga kini masih lagi berada pada paras yang rendah.


“Justeru itu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM 37,057,500 kepada 61,762 pekebun kecil getah di negeri ini dengan kadar RM600 bagi setiap pekebun kecil,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com