top of page

BEBERAPA KAWASAN DIKENAL PASTI SUMBANG PENINGKATAN KES COVID-19 DI SANDAKAN

nabalunews

12 DIS 2020


SANDAKAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sandakan mengenal pasti beberapa kawasan yang disyaki menyumbang kepada kenaikan jumlah harian kes COVID-19 baharu di daerah ini, kata Timbalan Pengerusinya ACP Mohd Azhar Hamin, hari ini.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan dan jabatan serta gensi kerajaan yang berkaitan akan menjalankan ujian saringan COVID-19 yang disasarkan di kawasan tersebut bagi mengekang penularan virus itu.

"Kementerian Kesihatan berterusan menjalankan pemeriksaan bagi mengenal pasti daerah mana yang menyumbang kenailkan kes COVID-19 harian, di Sandakan.


"Sekiranya kita mengesan kawasan yang cenderung menyumbang kenaikan kes, ujian saringan awam akan djalankan kawasan tersebut," katanya kepada pemberita selepas memantau ujian saringan awam COVID-19 di Pulau Berhala dekat sini.

Pulau Berhala diisytiharkan sebagai kluster baharu COVID-19 pada 6 Dis lepas dengan kes positif dikesan sejak 20 Nov.

Mohd Azhar, yang juga Ketua Polis Daerah berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sandakan akan terus berusaha memutuskan rantai jangkitan COVID-19, meskipun jumlah harian kes berkurangan sejak beberapa hari lepas.


Beliau juga meminta semua lapisan penduduk Sandakan agar menempis tanggapan negatif mengenai ujian saringan umum COVID-19 secara percuma, yang dikatakan tidak selesa ketika menjalani ujian saringan itu kerana mereka juga perlu berperanan dalam mengekang penularan wabak berkenaan.

Setakat semalam, Sandakan merekodkan 792 kes aktif, termasuk 49 kes baharu. Sandakan telah merekodkan kes baharu dua digit setiap hari selama 11 hari lepas dengan kes tiga digit terakhir sebanyak 176 dilaporkan pada 28 Nov lepas.


Jumlah kes aktif juga menurun kepada tiga digit, dengan empat digit terakhir dicatatkan pada 2 Dis dengan 1,052 kes. - Bernama

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page