top of page

BEKALAN PERTAMA VAKSIN COVID-19 TIBA DI SABAH HARI INI

nabalunews


Foto Jabatan Penerangan

25 Feb 2021


KOTA KINABALU: Pesawat khas yang membawa kumpulan pertama bekalan vaksin Pfizer-BioNTech untuk Sabah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tengah tadi.


Pesawat TH314 syarikat penerbangan Raya Airways dikendalikan oleh Kapten Muhamad Noazli Muhamad Najib dan dibantu Pegawai Pertama Ravindran Santhanam tiba di KKIA pada 12.40 tengah hari.

Ketibaan dos vaksin COVID-19 bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Sabah disambut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmy Yahya; dan Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Arifin Arif.



Vaksin berkenaan dijadual untuk dihantar ke pusat simpanan Hospital Queen Elizabeth di sini dan pusat simpanan Hospital Keningau, di Keningau hari ini.


Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dijadual merasmikan program imunisasi itu dan menerima suntikan vaksin pada 4 Mac.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page