top of page

Belanjawan 2025: KUSKOP bentang cadangan inisiatif kepada MOF

  • nabalunews
  • Aug 27, 2024
  • 1 min read

27 Ogos 2024


PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) membentangkan cadangan inisiatif Belanjawan 2025 kepada Kementerian Kewangan, di pejabat kementerian itu, di sini, hari ini.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, cadangan-cadangan inisiatif yang dibentangkan itu mengambilkira input daripada pelbagai pihak termasuk agensi-agensi KUSKOP.


“Kita membentangkan semua cadangan inisiatif yang diterima daripada Bahagian-Bahagian dan Agensi-Agensi di bawah KUSKOP serta dialog belanjawan yang telah diadakan di Kuala Lumpur (bagi wilayah Semenanjung) dan di Sabah (bagi wilayah Borneo), libat urus khas dengan pimpinan persatuan penjaja negeri-negeri dan pandangan daripada Exco-Exco Keusahawanan Kerajaan-Kerajaan Negeri semasa mesyuarat Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional (MPKN) yang saya pengerusikan pada minggu lepas.


“Saya ucap terima kasih kepada Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah dan pasukan beliau di atas sesi libat urus ini.


“Mudah-mudahan Belanjawan 2025 dapat memacu penyertaan, prestasi dan sumbangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan gerakan koperasi kepada kemajuan negara,” katanya dalam kenyataan media, selepas Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Kementerian Kewangan, hari ini.


Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha KUSKOP Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad dan pengurusan tertinggi KUSKOP.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page