top of page
  • Wartawan Nabalu News

Belanjawan MADANI 2024 lulus peringkat dasar



2 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) diluluskan di peringkat dasar selepas RUU itu selesai dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


RUU Perbekalan 2024 itu diluluskan menerusi undian suara.


Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggulung perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar sebelum sesi undian dijalankan.


Seramai 85 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar, bermula 16 Oktober lalu.


Belanjawan 2024 bertemakan 'Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat' yang dibentang Perdana Menteri pada 13 Oktober lepas, melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia.


Daripada jumlah itu, RM303.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

Comments


bottom of page