top of page

Belia di Kadamaian gigih tingkatkan kemahiran keusahawanan

  • nabalunews
  • Aug 19, 2024
  • 1 min read

19 Ogos 2024


KOTA BELUD: Masyarakat di Kadamaian khususnya golongan belia mendapat peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan menerusi penganjuran Kursus Kerja Madani 2.0 selama seminggu bermula 15 Ogos sehingga 21 Ogos ini.


Bertempat di Mini Dewan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian di Skyblue Piasau, Kota Belud, peserta kurus dilatih dan diberikan tunjuk ajar mengenai pengurusan keusahawanan yang efektif sebagai persediaan untuk membangunkan perniagaan mereka pada masa hadapan.


Kursus Kerja Madani 2.0 dianjurkan oleh Gain Forlife Academy Sdn Bhd dengan ceramah disampaikan oleh tenaga pengajar berpengalaman seperti Lasmih Sungibi.


Antara modul kursus ialah pengenalan kepada usahawan, idea perniagaan, promosi dan pemasaran, pemasaran digital dan asas perakaunan.


Peserta kursus disasarkan kepada warganegara Malaysia berusia diantara 16 hingga 50 tahun, orang yang berkerja sendiri? belia yang sedang mencari peluang perniagaan serta belia yang ingin menambah pengetahuan dalam bilang keusahawanan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page