Bersesak di tempat tertutup, kompaun RM10,000 ke atas BN tidak relevanBersesak di tempat tertutup, kompaun RM10,000 ke atas BN tidak relevan
top of page
  • Farah Salim

Bersesak di tempat tertutup, kompaun RM10,000 ke atas BN tidak relevan


28 Okt 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Keluaran kompaun bernilai RM10,000 dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas Barisan Nasional dilihat sebagai tidak relevan dan patut dikenakan dengan nilai yang lebih tinggi, kata netizen Twitter.


Semalan, KKM menerusi ciapan di Twitter tengah malam tadi memaklumkan kompaun itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kepong kerana penganjuran majlis didapati melanggar Akta 342.


Kesalahan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pegawalan Penyakit Berjangkit kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.


Difahamkan, parti itu mengadakan majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN Melaka di dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).


Beberapa gambar yang memaparkan BN melancarkan jentera PRN Melaka tular di media sosial, sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai kerana parti itu menunjukkan sikap tidak peduli terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP).


Ramai beranggapan bahawa KKM berlaku tidak adil kerana sebelum itu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) telah dikenakan kompaun bernilai RM4,000 atas kesalahan tidak mematuhi penjarakan sosial, sedangkan parti itu mengadakan sidang media di tempat terbuka dan hanya dihadiri lima orang sahaja dalam masa kurang dari 10 minit.


Sidang media itu diadakan bagi mengumumkan keputusan parti itu untuk bertanding pada PRN Melaka.


Semasa majlis pelancaran BN itu, kelihatan ramai orang berkumpul dan bersesak di dalam dewan tertutup dengan beberapa individu didapati tidak memakai pelitup muka.


“Polis ada je kat situ. Kita semua Nampak. Tapi apa mereka buat? Tanya lah diri sendiri. Sistem penguatkuasaan undang-undang kita memang lemah pun. Sogok sikit terus buta. Sikit-sikit ahli politik masuk campur,” kata seorang pengguna Twitter.


“Beratus orang join (menyertai) tapi RM100,000 je saman. Feels good to be Menteri (seronok menjadi Menteri),” kata seorang lagi pengguna dalam ciapannya yang berbaur sindiran.


Selain itu, ramai juga beranggapan bahawa kompaun itu sepatutnya dikeluarkan ke atas setiap individu yang menyertai majlis itu, termasuk Ahli Parlimen Bakri, Yeo Yee Bin.


“Peringatan kepada KKM: Setiap daripada kami disaman. Sekarang, buat perkara yang sama ke atas perhimpunan UMNO malam tadi. (Datuk Seri) Ismail Sabri, Khairy Jamaluddin, tunjukkan keberanian,” katanya.


Yeo merujuk kepada insiden perhimpunan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang dilarang memasuki Parlimen pada bulan Julai lalu di mana setiap daripada mereka dikenakan kompaun atas kesalahan tidak mematuhi SOP.


“Lain kali boleh adakan carnival dengan seramai 10,000 orang dan masih dikenakan kompaun RM10,000,” tambahnya, menyindir.


Sebelun ini, kementerian kesihatan menguatkuasakan larangan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk pelancaran jentera nermula 24 Oktober sehingga 27 November depan.

bottom of page