top of page
  • Farah Salim

BERSIH, NGO hantar memorandum gesa kerajaan bentang RUU Perkhidmatan Parlimen


Gambar: Twitter BERSH

21 Julai 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan 37 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen disegerakan.


Memorandum tuntutan kumpulan masyarakat sivil berhubung dengan pengembalian Undang- Undang Perkhidmatan Parlimen dan Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen Malaysia kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli-Ahli Parlimen Malaysia, itu diserahkan di luar pagar Parlimen, hari ini


Memorandum sama turut diserahkan kepada beberapa ahli Parlimen antaranya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan BERSIH dan NGO itu, mereka mendesak supaya kerajaan membentangkan RUU secepat mungkindalam persidangan Parlimen kali ini untuk meyakinkan orang ramai bahawa kerajaan masih komited kepada reformasi-reformasi dalam MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.Lebih penting lagi, untuk melaksanakan sebuah reformasi yang telah sekian lama tertangguh.


“Usaha mengembalikan undang-undang perkhidmatan Parlimen melalui penggubalan RUU perkhidmatan Parlimendan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen Malaysiaseharusnya menggunakan pendekatan “collaborative model” di antara pihak Kerajaan dan pihak masyarakat sivil (CSO).


“Usaha bersamaini boleh bermuladengan kesediaan pihak Kerajaan membentangkan draf RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang lebih komprehensif dan terperinci untuk diteliti, disemak dan dirunding secara bersamadan terbuka oleh CSO di Malaysia.


“Dengan kaedahsebegini, perbincangan untukmenghasilkan sebuah RUU yang lebih komprehensif akan menjadi lebih baik dengan semua pihak termasuk Kerajaan dan CSO bersedia berbincang secara ikhlas dan terbuka,” kata kenyataan itu, hari ini.


bottom of page