top of page
nabalunews

BOBBEY SUAN DILANTIK SENATOR DEWAN NEGARA BAHARU



23 DIS 2020


KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini sebulat suara bersetuju menyokong pencalonan Datuk Bobbey A. Suan sebagai Senator Dewan Negara yang baharu.


Speaker Datuk Kadzim M. Yahya berkata demikian ketika mengisytiharkan persetujuan dan sokongan diterima wakil rakyat Sabah terhadap pencalonan Senator Dewan Negara baharu yang akan bermula pada 5 Januari 2021.


Cadangan itu dikemukakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan disokong oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.


Bobbey, 66, menggantikan Senator Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin telah tamat tempoh perkhidmatannya.


Pencalonan Bobbey mendapat sokongan 64 ADUN termasuk ADUN pembangkang. Manakala 14 ADUN tidak mengambil bahagian dalam undian tersebut kerana tidak hadir dalam sidang Dewan.


Beliau merupakan bekas ADUN Nabawan yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur.

Comments


bottom of page