top of page

Bom kedua dimusnahkan

  • nabalunews
  • Mar 2
  • 1 min read

2 Mac 2025


PAPAR: Sebutir lagi bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di tapak pembinaan berhampiran Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut, di sini, berjaya dimusnahkan, hari ini.


Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, bahan letupan jenis lama ‘Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb yang dipercayai masih aktif itu diletupkan kira-kira jam 1.25 petang.


Katanya, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang operasi kerja-kerja letupan dilakukan.

“Sebelum pemusnahan bom dijalankan, pihak polis telah memaklumkan kepada pelbagai agensi terlibat termasuk Jabatan Alam Sekitar.


“Selepas selesai kerja meletupkan bom, pasukan Ketua Polis Balai Kinarut bergerak mendapatkan maklumat dari kawasan sekitar untuk mengenal pasti sama ada pihak terkesan akibat letupan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, tiada sebarang kecederaan atau kerosakkan harta benda awam yang dilaporkan berlaku dan aktiviti pemusnahan bom juga berjalan dengan baik dan lancar.

“Aktiviti ini juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah jawatankuasa perancangan operasi dan pengurusan risiko bencana letupan di bawah Nadma,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page