top of page

Bomba bantu keluarkan lelaki tidak sedarkan diri dalam kereta di pekan Papar

nabalunews

 



19 Disember 2024

 

PAPAR: Seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios di hadapan sebuah kedai serbaneka di Pekan Papar, berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat. 

 

Menurut Komander Operasi Kanan, PBK I KUP Sulaiman Menin, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.27 petang, dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar tiba di lokasi dalam tempoh dua minit. 

 

Pasukan Bomba bertindak membuka pintu kenderaan dan memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum membawanya ke hospital menggunakan jentera EMRS Bomba untuk rawatan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.39 petang. 

 

Operasi melibatkan tujuh anggota dengan sebuah jentera LFRT dan EMRS. Ketua BBP Papar, PPgB Rozlan Bin Osman, boleh dihubungi untuk maklumat lanjut di talian 013-8976300.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page