top of page

Borang pengisytiharan kesihatan dimansuhkan mulai hari ini

Wartawan Nabalu News


14 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju dengan saranan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk memansuhkan pengisian borang pengisytiharan kesihatan (e-HDF) bagi mana-mana individu yang tiba di pintu masuk negeri ini, bermula hari ini (14 Mac).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, individu yang memasuki negeri ini hanya perlu menunjukkan status vaksin dan risiko melalui aplikasi MySejahtera.


Mengenai statistik vaksinasi di negeri ini beliau berkata, kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 13 Mac adalah seramai 2,541,511 orang.


“Ini meliputi 2,130,061 penduduk dewasa bersamaan dengan 78.41 peratus jumlah penduduk dewasa. Manakala bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,403,761 orang.


“Daripada jumlah ini, seramai 2,087,790 orang atau 76.85 peratus adalah penduduk dewasa,” katanya.


Katanya lagi, seramai 331,950 orang atau 77.89 peratus penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 315,971 atau 74.14 peratus orang setakat ini.


Masidi berkata, bagi penduduk kanak-kanak pula, seramai 79,500 atau 19.32 peratus orang telah menerima 1 dos vaksin.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page