top of page

BSPT Penampang anjur kempen keselamatan jalan raya di SM St. Michael

  • nabalunews
  • Oct 16, 2024
  • 1 min read

16 Oktober 2024


PENAMPANG: Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Penampang telah menganjurkan kempen advokasi keselamatan jalan raya di Sekolah Menengah St. Michael, Penampang, pagi tadi.


Menurut kenyataan Facebook Polis Daerah Penampang, program ini bertujuan mendidik para pelajar serta pengguna jalan raya mengenai kepentingan keselamatan semasa di jalan raya.


Melalui kempen ini, pelajar diberikan pendedahan mengenai langkah-langkah keselamatan seperti mematuhi peraturan lalu lintas dan berhati-hati ketika melintas.


Advokasi ini juga menekankan peranan semua pihak dalam memastikan keselamatan diri dan orang lain.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page