• nabalunews

BUKAN PENERIMA BPN YANG LAYAK BOLEH MOHON SEBELUM 15 NOV


10 NOV 2020


KUALA LUMPUR: Orang ramai yang bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 sebelum ini, tetapi memenuhi syarat kelayakan ditetapkan diingatkan agar membuat permohonan BPN 2.0 selewat-lewatnya pada 15 Nov ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk memuat turun syarat permohonan dan soalan lazim (FAQ) berkaitan bantuan itu.

"Seperti telah diumumkan oleh kerajaan, BPN 2.0 merupakan inisiatif kerajaan di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Kita Prihatin, bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.


“Bagi permohonan baharu yang diluluskan, pembayaran akan dilakukan pada Januari 2021,” menurut kenyataan itu. 

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. - Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com